Thursday, January 13, 2011

Terkini...

20 Disember 2010:  Pada tarikh ini lukisan rekaan produk kumpulan kami telah dihantar untuk penghasilan protaip. Ianya di jangka siap dalam masa 2 minggu. Kini ianya sudah siap sebenarnya, cuma memerlukan sedikit penambahbaikan bagi mengemaskan lagi produk rekaan kumpulan kami.

3 Januari 2011:  Pada tarikh ini pula kami semua sudah pulang dari kampung selepas cuti semester dan kami telah mengadakan perbincangan dengan pensyarah yang berkelayakan dalam selok belok pemasaran produk bagi membincangankan keperluan pemasaran produk kami ini. Ini bagi menjelaskan lagi kepada kami faktor-faktor pemasaran yang perlu kami selitkan dalam proposal produk kami ini agak lebih baik. Perbincangan ini telah memakan masa hampir 1 setengah jam di pejabatnya. Mudah-mudahan perbincangan ini dapat memudahkan dan memperjelaskan lagi halatuju produk ini.

Sampai disini dahulu perkembangan kami buat masa ini. Di harap kami dapat kerjasama yang baik daripada semua pihak bagi menjayakan produk ini dan juga program DIGI Challenge 4 Change ini. InsyaALLAH...

Wednesday, January 12, 2011

DIGI Boot Camp - Triang

28 Nov - 1 Dis 2010: Keseronokan bersama kenalan baru disamping masa utk memahami keperluan CBC Triang. Banyak input yang diberi semasa program ini berlangsung. Termasuklah info-info tentang program ini secara menyeluruh dengan adanya penerangan daripada panel-panel yang dibawa oleh pihak pengurusan DIGI yang berlangsung di D'House utk hari pertama dan sesi pengembaraan di CBC Triang pada hari-hari berikutnya. Berikut adalah foto-foto pada hari pertama....



 Ini pula foto-foto pengembaraan kami di CBC Triang...